Saturday, August 15, 2009

Hey ho, let's go!

Ramadhan reminds me of the "early morning Tony Hawk playstation game" :)







Minta maaf kepada semua orang hari ini (hari sabtu sebenarnnya) yang telah terkena penangan Amirah yang penuh emosi marah-marah tidak tentu pasal.

Especially my maid. Hah ambik kau kena jerit siapa suruh buat aku tunggu 20minit depan pagar macam orang bodoh tekan-tekan loceng sampai jiran sebelah tengok semacam. By the way my maid is 2 (maybe 1?) years younger than me. Eh silap, sekarang ini mahu minta maaf lah.

Bila jiran tengok semacam, dalam hati tadi "Jangan tengok-tengok saya macam begitu lah makcik, ini rumah saya! Cucuk mata nanti baru tahu" Ehehe tidaklah mengarut sahaja. Amirah kau ni mahu minta maaf lah bukan marah-marah lagi.


Sebelum maid tu kena marah saya, sebenarnya saya melarikan diri merajuk tidak mahu balik ke rumah sebab bapa tercinta (perghhh) tidak bagi drive kereta.


Bila fikir balik, bongok nya kau amirah merajuk sampai lari sebab tidak kena bagi drive. Tunjuk perasaan la konon. Hotak kau amirah tunjuk perasaan. Sangat bodoh tindakan itu. Ok saya minta maaf bapa tercinta.


Yang terkunci di luar rumah tu sebab marah sangat dekat bapa tercinta sampai terlupa bawa kunci pagar rumah (Hah padan muka kau siapa suruh merajuk tidak tentu pasal tadi).


Kerana saya rasa sangat bodoh tunggu berdiri luar gate rumah sendiri lama sangat sambil tekan-tekan loceng dan sambil menelefon ahli-ahli rumah yang menyampah (pada masa itu) tidak mahu angkat telefon berdering, maka maid saya lah kena teriak free-free sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Belum buka pintu pagar rumah lagi masa tu tau.

Sekali lagi, minta maaf wahai maid. Lepas ni tidak akan jerit lagi (cehh tipu lah kau amirah gemuk)


Tapi petang dan malam tadi bapa yang sangat tercinta (mengada sungguh) memberi stereng kereta kepada saya. Bukan dia bagi hadiah stereng, dia bagi drive lah.

Dengan kelebihan stereng yang dianugerahkan, saya masih poyo berlagak menunjukkan muka merajuk tetapi dengan kembang kempis lubang hidung menerima anugerah stereng itu.


Tanpa membaca Bismillah saya terus memandu sebab masa itu poyo melampau-lampau sampai terlupa. MasyaAllah amirah amirah ish ish ish.


Ke-poyo-an itu hanya berlanjutan sehingga saya hampir melanggar kereta sebelah lorong sebab khusyuk sangat dengar cerita bapa tercinta.


Maka di saat itu juga bapa yang tidak berapa tercinta meng-counter balik kemerajukan saya dengan sindiran-sindiran yang pedih tidak tergambar (ini tipu sebab malas mahu beritahu kerana memalukan diri). Cis.


Sudah, sudah. Cukup lah cerita untuk hari ini.

T A M A T

xxxxxxxxxxxxx



Ok so since Samah told me she's following my blog, "HELLO SAMAH! :D :D" I think i'll i go back to blogging in English. Probably once in a blue moon (konon) i'll blog in Malay (Jadi yang di atas tu kau blog dalam bahasa apa? Perancis?)


Its only fair to blog in english since (probably) everyone understands the language :)



Till the next English post.
Salam & adios!

No comments: