Sewaktu saya di kampung selama seminggu lebih melawat saudara-mara yang sudah setahun (mungkin lebih) tidak bersua, saya memang tiada kerja lain selain daripada tidur, makan dan di marahi nenek/makcik kerana selalu bangun pukul 1petang lepas sembahyang subuh. Oops bocor rahsia. Haish anak dara apa niii.
So, pada suatu pagi yang panas dan bosan, saya dengan tidak tahu malu telah membongkar dan mencari CD yang masih OK di rumah nenek untuk menghilangkan bosan. Maju dah nenek saya ni, dulu masa saya kecik molek tergolek jangan kan CD player, line henfon pun tarak ada kat kampung tu. Yang paling maju pun mungkin abang polis yang bukak restoren kat depan klinik yang ada mesin karaoke. Laris you kedai. Apa tidaknya, datang rombongan cik kiah makcik & pakcik siam dari kampung jiran memeriahkan restoren abang polis tu. Sampai pukul 3pagi tuuu. Kiranya restoren tu macam club paling meriah di kampung lah katakan.
Ok dah ter-divert dari cerita asal.
Sila kembali ke jalan yang benar Amirah.
Bongkar punya bongkar, satu ja CD yang boleh main tanpa ter-stuck2 along the way. CD apa?
Jeng jeng jeng!
"Syurga Cinta"
......apakah? Mahu x mahu, layan ja la. Tetapi tiada dalam jangkaan saya towards bahagian last movie tu, ada sebahagian skrip itu membuat saya tertanya. Sila maklum, saya ni bukanlah peminat cerita arahan orang melayu (with exception the late Yasmin Ahmad's productions) yang selalunya totally predictable and cheesy. Bukannya saya pandang rendah kepada filem tempatan, (cewah nak cover selamatkan diri dari di kutuk poyo oleh orang malaysia) cuma saya telah dibiasakan menonton english movies since i was small. So my parents la yang poyo hahaha kiddiiiing *winks*
Saya rasa bahagian skrip "syurga cinta" tu berbunyi begini:
"Jodoh tu terbahagi kepada tiga
(haa mesti dah timbul persoalan di minda anda kan, apa dia yang 3 tu?)
Pertamanya, JODOH DARI SYAITAN.
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat. Akhirnya Syuhadah (nama karakter perempuan dalam movie tu) mengandung. Baru kamu menikah.
Keduanya, JODOH DARI JIN.
Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan syuhadah, tapi syuhadah tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar syuhadah suka kepada kamu. Dan kamu berdua menikah.
Ketiga, JODOH DARI ALLAH.
Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang syuhadah, dan syuhadah terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA."
Eh eh, kenapa line macam sebijik macam dalam movie tu??
Hah kan dah kantoi pegi tengok movie tu balik semata-mata mahu accuracy dalam giving information ni. Hihi.
Silalah tonton video ini dari minit 4:25 - 5:58, dimana anda boleh mendengar dengan sendirinya dan originalnya skrip di atas.
Terdetik kesedaran di dalam hati saya mendengar skrip di atas.
Dengan itu, saya akan me-relate-kan skrip di atas dengan daily life story yang saya tahu.
Dalam seminggu ini, saya sudah di beritahu 4 berita tentang kenalan saya yang mengandung luar nikah. Bukan dari segi technic in-vitro dan teknologi yang sewaktu dengan nya. Kita sudah besar, silalah faham sendiri bagaimana. Selepas berita keempat, saya sudah refuse untuk mendengar lagi berita-berita yang sama.
Berita pertama dan keempat, alhamdulillah lelaki-lelaki tersebut bertanggungjawab dan menikahi pasangan mereka.
Berita yang kedua dan ketiga, sangat menyayat hati kerana lelaki-lelaki tersebut tidak mahu bertanggungjawab dan memaksa pasangan mereka mengggugurkan kandungan tersebut.
Bukan saya sengaja mahu mengetahui perkara-perkara begini, tetapi rakan-rakan yang meluahkan tanpa saya sedari.
Its these kind of stories that makes a girl/woman traumatized. I have to admit I am. What if your so-called "other half" is just a bloke who's only in for the fun but not the other responsibilties that comes with being involved?
Sila jangan influence orang utk jadi pessimistic amirah.
What is to be expected in getting involved nowadays? Certainly not endings like the above.
To all the ladies out there, get your priorities right (ingat lah tuhan, kiamat dan seksaan bila mati) and keep your legs closed till the time has come for the one who actually earns it.
Bukannya saya nak cakap bila rasa dah ready terus buat.
BILA SUDAH NIKAH DENGAN SAH barulah green light.
Tapi saya faham.
Nafsu dan darah muda memang sentiasa liar. Tambahan lagi dengan influence media dan semua yang sewaktu dengannya, lagilah menjadi. Haih.
If you havent experienced it, who are you to say...right?
Everyone make mistakes at some point. I'm not an exception.
Its what you make out of it determines where you're life is heading in the future.
To those who are experiencing the above situation, remember that your baby's "LIFE" is NOT your boyfriend's call. Its God's. What happened is in the past, and move on (with or without the boyfriend) and make yours and your kid's life a good one. Bertaubat and pray,
InsyaAllah, God will help you make it through :)
Kepada lelaki-lelaki sekalian, pandai buat pandailah bertanggungjawab.
I'm not a feminist, just a concerned member of the female society. And this is just a reminder for you, to remind your friends, and for them to remind their friends as well.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment